Sep 12, 2009

Jalan S.A.Y.A.

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama juga saya peram tajuk i
ni sebenarnya.Saya simpan dalam diri biar tumbuh bercambah ala-ala jack & the beanstalk.Tunggu masak ranum dulu orang kata.Jadi saya kongsikan serba-serbi di sini.Moga memberi sedikit input pada mereka yang memerlukan dan menjadi inspirasi pada diri ini di kala sepi dan merundum.

*****

Masa zaman sekolah dulu.Saya tertanya-tan
ya kenapa ramai senior ambil jurusan agama padahal result spm mereka hebat belaka(10a,11a,12a etc).Jawapan paling konkrit saya dapati dari seorang murobbi(cikgu) saya.

Katanya begini, di negara kita kini mereka yang mendapat result hyper ketika spm semestinya akan sambung dalam bidang-bidang profesional seperti medicine, engineering, economics dan sebagainya.Jadinya bidang agama pula, menjadi penerusan bagi mereka yang kurang spm nya.

Jadi bukan ke lebih berkesan dakwah dan penerusan penanaman nilai-nilai murni dalam masyarakat kita kalau dipelopori oleh mereka yang sebenar-benarnya arif dan pintar dalam bidang agama ini.

Saya mula faham lebih mendalam dan teliti apabila adanya rakan-rakan yang seperti saya.Kami berusaha memahami.Bermula dengan kabur, mendung, samar-samar sehingga boleh dijadikan objektif dan masa depan dengan apa yang kami faham ini.

Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya.

*****

Berkobar-kobar jiwa saya ingin mendalami cara penyampaian dakwah Rasulullah S.A.W.Ingin memahami sebaik-baik ilmu, ilmu ketuhanan, ilmu tauhid, ilmu fiqh, ilmu syariah.

Tapi, mungkin nasib saya result spm saya sedikit baik dari biasa.Harapan manusia sekeliling malah lebih luar biasa terhadap saya.Kehidupan saya yang memang terbiasa dengan kemas, standard dan norma dihormati.Akibatnya.................maaf, jelasnya ketentuan ALLAH itu kan sentiasa yang terbaik.

Saya ingin menjadi seorang profesional tetapi bukan calang-calang profesional.Seorang yang mengerti secara tulen tujuan hid
upnya, memahami secara mendasar perjalanan hidup seorang muslim, tahu dan beramal cara sebenar kehidupan Rasulullah S.A.W.

Terus terang, saya ingin menjejak kaki ke bumi para anbiya'.

******


Tapi perjalanan apa yang senang lenang.Terutamanya perjalanan yang memang jauh dan seakan-akan mustahil.Kerinduan pada kawan-kawan se"kepala", kerinduan pada suasana yang tenang & aman, kerinduan pada baris-baris perbualan yang ikhlas.

kosong+kosong+kosong+kosong+kosong....ini keadaan saya selepas spm.

Turun dari langit pula, tawaran melanjutkan pelajaran ke negara tersohor dunia.Bidang ekonomi.Tajaan bank warganegara.Bidang yang sememangnya mempunyai pospek masa depan yang besar pada islam.Bukan calang-calang tawaran rakan saya cakap.Alang-alang jadi profesional.Baik jadi profesional yang paling profesional cakap sorang lagi.

*****

Aiseyman...tapi saya percaya dan imani, kita mesti membuat pilihan berdasarkan apa yang kita faham.Bukan apa yang orang lain faham.

Kita membuat pilihan berdasarkan apa yang kita rasa kita mampu memberi sumbangan terbesar pada islam.Bukan apa orang lain kata kita hebat dalam apa.

Kita membuat pilihan berdasarkan apa yang kita jelas ingin perolehi.Bukan apa yang orang lain ingin kita perolehi.

Kita membuat pilihan berdasarkan apa yang ALLAH beri tanda dalam doa kita.Bukan tanda dalam doa orang lain.


Ini pilihan saya.Jalan saya.

Jzkk...


Ahmad Munir Bin Basir-pelajar tajaan JPA tahun 2009 dalam bidang perubatan ke Mesir.




*edisi ini tetap umum.
*saya meminta doa semua.



3 comments:

Unknown said...

salam ukhuwah..
alhamdulillah,tahniah coz dpt temui pilihan yg tepat buat diri dan agama..insyaAllah..moga sukses2 aja ya..
wassalam

Unknown said...

lagi satu,doakan pilihan ana juga tepat ye..jazakallah..

munir said...

jzkk..i.A..segala pilihan kita ALLAH dh tentukn..kite je kene usaha jadikn pilihan tu yg plg tepat..