Jan 6, 2010

4 jam hari ini

Bismillah..
Perkongsian sedikit.

*******
Harini kelas habis pukul 2 p.m , anatomi lecture last.Jadi berdasarkan niat di awal hari, nak pergi berziarah sikit lepas kelas ni.Berjalan la lintas jambatan depan uni merentasi sungai Nil, turun la lorong bawah tanah ke Abou Rish.Rumah pertama, rumah tahun 3.

*******
Keluar pintu rumah, berjaya dapat keropok 2 bungkus pemberian Mukmin tahun 3(hira' dulu).Turun balik bangunan tu.Singgah masjid berdekatan jup solat asar berjemaah.Pastu, telefon Hadi(dua pupu saya), ingin ke rumahnya, tingkat 11 kot.Sembang-sembang dengan ahli rumah, then balik la.Dah pukul 4, maghrib lagi satu jam~(lupa nak bagi mathurat2 kecik tu.dah bwk da.maelish2)

*******
Masuk metro(ktm) yang sempit-menyempit nak pulang Fustat.Bila sampai stesen Margirgis, fikir-fikir pula.Maghrib lagi 15 minit je ni.Nak balik rumah kena jalan lagi bila turun stesen Zahra', kena tahan tremko lagi.Sampai stesen Margirgis je, turun.Teringin pula nak solat di Masjid Amru Al-As(masjid pertama benua Afrika).

*******
Dari stesen Margirgis ke Masjid Amru tidak lah sejauh mana pun.Cuma kena jalan sikit lalu kawasan gereja St. George.Besar pulak kompleks gereja orthodoks ni.Sentiasa menjadi tarikan pelancong.Jalan la melepasi warga Itali, Jerman, Jepun, Belanda dan Cina.Lalu-lalu kedai souvenir, teringat pula Mak Lang suruh hantar poskad dari Mesir ni.Beli la beberapa poskad tu.

******
Masjid Amru memang klasik dan cantik.Ambil wuduk then solat la tahyatul masjid kejap.Azan berkumandang.Solat.Solat menghadap Tuhan Yang Maha Esa ni memang sangat indah, lebih-lebih lagi bila solat dengan berbumbungkan langit, tambahan lagi bila langit bertukar dari biru pergi ke oren sampai ke hitam.Subhanallah~

*******

Siapa kata pelajar medik tidak ada masa.Terlalu sibuk.Alhamdulillah.Masa kan sentiasa ada.Kita yang menentukannya.Jzkk.


*terlalu sempoi.
*exam menghampiri.amek mase cuti krismas ni menaip.(kristian orthodoks 7 Januari)

6 comments:

faiq zaini said...

salam abg munir~

waa hepi nye life..
memg student medic sejati.
cool n sukses.

munir said...

waalaikumusalam faiq.. :)

afni said...

salam alaik...
wah..exam nk dkat pn smpat lg tgn enta mnari atas keyboard ye...
hihi~

iQh said...

Mabruk!

Thaaqhib Mohammed said...
This comment has been removed by the author.
Thaaqhib Mohammed said...

blog muner!!! baru smpai.