Mar 20, 2010

ingat Tuhan..


Bismillah..

"Ingat Tuhan".."banyak-banyak mengucap"..perkataan-perkataan ni selalunya kita dengar dari warga Malaysia kita kan.Terutamanya dari mereka yang lebih berusia dari kita di Tanah Melayu tu.Ya, nenek dan datuk saya dulu juga selalu pesan saya sebegini.Maknanya cukup mendalam dan meliputi keseluruhan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini.Teringat masa zaman dulu-dulu sikit..

******

Ketika itu, saya bekerja di MPH(kedai buku).Sekadar mencari serba-serbi pengalaman menjadi warganegara biasa.Ada satu hari tu, usrah saya hendak iftor bersama.Cumanya, waktu berbuka puasa tu saya masih dalam shift bekerja.Jadi, kami ambil keputusan berbuka puasa di food court mall tempat saya bekerja itu jela.Lagi 15 minit hendak berbuka, saya minta diri selama setengah jam hendak buka puasa.

Selesai berbuka, rakan-rakan lain semua pulang.Tapi saya mengajak naqib saya singgah di MPH sebentar.Saya masih ingat pesannya pada saya ketika itu,

"Munir, enta kena ingat ya.Tarbiyah ni, sentiasa berjalan seiring dengan masa.Dalam keadaan apa sekalipun.Macam kita iftor harini la.Bekerja ke, cuti ke, belajar ke, sepanjang masa.Enta tengah bekerja ni pun.Ingat-ingatlah allah sentiasa."

Saya masuk pintu MPH dengan azam yang diperbaharui sejak hari itu.INGAT ALLAH.Perjalanan menaiki bas setiap pagi ke MPH saya isi dengan mathurat.Saya letak Quran Tasneem yang saya pinjam di kaunter cashier, supaya bila tiada customer, itu menjadi bacaan saya.Waktu maghrib hari Isnin dan Khamis saya akan naik ke bumbung berbuka puasa(sebab kat dalam mall tak dengar azan).Dan lain-lain.

Dalam period ini, saya belajar satu bab dalam diari seorang muslim secara praktikal.Menjadi kewajipan kita untuk mengingati allah setiap detik, setiap saat, setiap jam, dalam lingkungan masa apa sekalipun.

******

Cumanya ingin saya ingatkan.Pada diri saya terutamanya.Kita mengingati allah bukanlah seperti mana kita cuba mengingati silibus-silibus kita dalam buku time dekat-dekat nak periksa tu.Atau macam kita nak hafal Quran, kita ulang-ulang banyak kali supaya lekat dalam otak kita.Bukan.Mengingati allah tempatnya di HATI.Mengingati allah ialah pada aplikasi.Bukan sekadar terlekat pada akal fikiran kita sahaja.Jzkk.

"maka ingatlah ALLAH saat berdiri, duduk, dan berbaring" (an-Nisa 103)

*Ringkas.
*Terima kasih pada post yang direct pada saya.Saya minta maaf.Ini jawapan saya.


2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

allah ingat kita sentiasa

najid jamal said...

hehe, ust rizal sentiasa rindu anta mun... blk malaysia jgn lupa jumpa