Bismillah..
Selalunya, kita memang sangat-sangat dipengaruhi suasana sekeliling/biah.Bahkan, biah ni salah satu rukun dalam rukun-rukun tarbiyah(murrobi,mutarobbi,biah,manhaj).Maksudnya, biah adalah faktor kritikal dalam pembentukan peribadi kita ini.Suasana, situasi, berita, kawan-kawan, masyarakat, semua menyumbang kepada pemikiran dan perlakuan kita.Benar bukan?
******
Situasi 1
Macam biasa, Ahmad berjalan pergi kuliah di pagi hari dengan rakan-rakan.Tengok depan, ada pasangan senior yang dah kahwin berjalan pimpin tangan ke kuliah juga.
"Ahmad..jeles gile aku tengok abang tu..romantik nak mampuih."
"Ahmad..subhanallah..indah sungguh..insy'allah ana camtu la nanti."
"Iye...", jawab Ahmad.
Situasi 2
Macam biasa, Ahmad pergi main futsal tiap hujung minggu ngan rakan-rakannya.Di court futsal sebelah, senior-senior pun main futsal juga.Cumanya, bertemankan isteri masing-masing di tepi padang amek-amek gambar.
"Ahmad..segan aku..dahla aku pakai seluar pendek ni".
"Ahmad..mantap seyh senior-senior kita tu..masya'llah."
"Iyo..", kata Ahmad.
******
Ya.Betul.Jelas.Sekeliling kita bawa impak yang besar kepada pemikiran kita ini.Mana tak nya ini je jadi buah mulut dan pergaulan rakan-rakan.Suasana tetap suasana.Tapi iman dan akhlak tetap juga iman dan akhlak.Terasa nak cerita mengenai kisah cinta teragung, hebat, tahap dewa langit ke-7.Sekerat dari kisah cinta Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.
Kita semua maklum dakwah nabi berjalan selama 23 tahun.13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Di Mekah, 3 tahun pertama berjalan secara sirr dan 10 tahun berikutnya secara jahar.Dan dalam tempoh dakwah secara terbuka ini Bani Hasyim pernah diboikot kira-kira 3 tahun.Dan dalam tempoh 3 tahun ini juga berlaku tahun kesedihan.Tahun kematian Abi Talib dan isteri baginda Siti Khadijah.
Hilangnya Abi Talib, sokongan nabi di luar rumah, dan lebih terasa hilangnya sokongan nabi di dalam rumah yang menjadi booster keteguhan nabi selama ini, Siti Khadijah.Mustahil la nabi tak sedih.Sedih tahap mana tu.Rasulullah sahaja yang tahu.Tapi berlaku satu peristiwa yang serba sedikit mengubat hati nabi selepas itu.
Allah menurunkan Jibril menemui nabi.Dan ini merupakan kali pertama turunnya Jibril menemui nabi bukan dengan tujuan menyampaikan isi Al-Quran.Jibril sekadar menyampaikan salam ALLAH kepada Siti Khadijah.Pelik juga.Kenapa ALLAH nak menyampaikan salamnya pada Khadijah walhal Khadijah telah pun kembali pada ALLAH?
Para ulama bersetuju.Tujuan ALLAH menyampaikan salamNYA kepada Khadijah, sebagai tanda betapa mulianya Khadijah di sisi ALLAH dan agar di abadikan dalam lipatan sejarah agung nabi, bahawa Khadijah merupakan sebaik-baik contoh dan ikutan buat wanita islam sehingga akhir zaman.Ini kisah cinta nabi.Cinta disandarkan atas cinta Ilahi,cinta berbunga tapi tidak jiwang, cinta suci tidak berdebu, apa-apalah.Cinta sebenar.
******
Ikhwah, akhawat(kalau ada), dalam tiap-tiap perkara kita hendakkan yang terbaik.Carilah juga yang terbaik dalam bab ini.Bab sensitip di kala muda-mudi remaja ini.Dan semua perkara menjadi yang terbaik sekiranya perkara tersebut disandarkan sepenuhnya pada ALLAH.Percayalah, cinta itu indah(kot).Jzkk.
p/s: Tulisan dari pandangan seorang pelajar medik Kaherah tahun 1(yang berusia 19 tahun ^_^)
*Santai tapi masih santun.
*Saya bukan 19.
6 comments:
tulisan siapa ni munir?
ana.
oh, tulisan masa nta 19 tahun la ye?
mabruk.
bukan.ini ana tulis dgn meletakkan diri ana usia 19 thn. :)
nice!^^
wah.ade org kaherah ckp nice.ok.
Post a Comment