Aug 20, 2010

Cantik.Comel.







Bismillah..
******
Sewaktu ana masih menetap di bandar bersejarah Fustat, ada sekali Sheikh Redha si penjaga surau Shafie menjemput ana ke rumahnya.Sheikh Redha seorang yang tidaklah begitu berharta.Kalau kami pelajar-pelajar Malaysia menetap di bangunan ala-ala flat mewah, dia pula tinggal di kawasan bukit bersebelahan yang didiami mereka-mereka yang kurang berharta mungkin.Padat.Tidak teratur.Kurang bersih.
******
Sedang dijamu teh dan bermesra bersama anak-anak kecil Sheikh Redha.Spontan sahaja mulut ni bertanya pada si kecil, "Fein ummi?".Si kecil tak bersalah tu diam membisu ala-ala blushing gitu.Sheikh Redha terus lemparkan kata-kata yang ana fahami sebegini..

"Ahmad anakku, budaya kami di Mesir.Jarang bertanya mengenai pihak wanita.Mengenai isteri ke.Anak perempuan ke.Kakak ke.Adabnya begitu."
Fuh.Ana pula bertukar segan silu ala-ala blushing gitu.
******
Berkaitan kisah ini.Banyak juga istifadah dan renungan berkisar-kisar dalam otak kurniaan Allah ini.


"Iza lam tastahyi fasna' ma syi'ta"
-jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu suka-
Di atas ialah hadis qudsi pertama diturunkan di muka bumi.Di kala zaman nabi Adam lagi.Kiranya segala perbuatan manusia secara am nya terletak gantung pada perasaan ini.Yang
mampu membezakan secara fitrahnya perkara baik dan perkara buruk.Malu.
******
Ada kisah menarik lagi di zaman nabi agung kita.Pernah nabi bertanya pada saidina Ali, "Wahai Ali, tahukah kamu bahagian mana pada wanita yang paling disukai lelaki?Bahagian pinggul kah?Wajah kah?Tapak tangan mungkin?"Reaksi saidina Ali pun mungkin seperti reaksi saya di atas, tersipu-sipu malu ala-ala blushing kot.Saidina Ali menjawab tidak tahu.
Pulanglah saidina Ali karamallahu wajhah ke pangkuan isterinya di rumah.Beliau pun bertanya pada saidatina Fatimah soalan sama nabi bertanya padanya.Jawablah isteri kesayangannya puteri nabi itu, "Wahai suamiku yang tercinta, bahagian yang terdapat pada wanita yang paling disukai lelaki adalah pada sifat malunya."

Subhanallah.Berputar-putar juga otak ni bila dengar jawapan Fatimah itu.Tapi bilamana kita berpijak di bumi nyata.Bumi yang patutnya dihiasi haruman indah adab dan tuturcara islamiah.Benar dan tepat sekali jawapan itu.Indahnya dan comelnya seseorang benar-benar terletak pada sifat malunya.Sifat ini yang menjaringi dirinya agar sentiasa berada di dalam lingkungan tuturcara ilahi.Yang menjadikannya hamba paling disayangi sang pencipta.Lantas warga dunia paling comel cun melecun.
******
"Zeenatul rijal al adaab wa zeenatul mar'ah al haya"
-perhiasan seorang lelaki terletak pada adabnya, dan perhiasan seorang wanita pula terletak pada sifat malunya-




Wallahu'alam.Allahu Akram.
*Post ini untuk adam dan hawa sama rata ye.
*Doakan ana dan doakan kebaikan bersama di kala bulan mulia ini.
*Makin ramai insan-insan tercinta berpijak di bumi anbiya' ini.Semangat gua.



12 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

*blushing*

kalau gi lagi kawasan pakcik redha..ajak ye.. sebab mahu dalami 'fustat'

Infiru said...

SubhanAllah ..
trime ksih ats prkngsian ilmu ni..

فاطمة محمد زيادي said...

Subhanallah. Syukran ya akhi

Najib Daud said...

steady la abang munirr!

Ahmad ibnu Khairuddin said...

mas munir a.k.a khairul azam.
nta ni,,haish,, asyik fikir2 bende2 ni,
sampai ummi orang pun ditanya-tanya.

puasa munir.puasa. :)

*rindu nta sebenanya. T-T
ana pegi seksyen 7 smlm rasa lain je... pegi surau rumah nta sunyi lesu je takde nta..

munir said...

Ahmad K <- blog ni tulisannya bukan utk ana.lebih kpd org lain sheikh bnk ngr oi.ape tbe ummi enta plak?x de kene mngena kot. :)

munir said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad ibnu Khairuddin said...

bkn ummii lah. tp ummu budak tu lah ya syeikh duktur asshah-alamiy.

aiwah.

ma fish musykilah. fahamtu jayyidan~ :)

nisazaidan said...

syukran atas perkongsian

syifa' rahiman said...

~kalau Allah nk hancurkan satu kaum tu, Allah cuma perlu tarik sifat malu wanitanya~

x sure kata2 sape,
suke entry ni.malu tu penting

ariqhakim said...

*blush*

segan lah dengan akhi...

Anonymous said...

comel jgk..